Sunday, August 5, 2012

Perancangan Kokurikulum



PERANCANGAN KOKURIKULUM
SMK DANG ANUM 2012


1.         PENDAHULUAN

Kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada kegiatan kurikulum sekolah. Ianya merangkumi aktiviti kelab atau persatuan, badan beruniform dan sukan. Matlamat utama adalah untuk menyumbang kearah perkembangan kurikulum sekolah  bagi membentuk generasi muda yang berketerampilan serta seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan.


2.         MATLAMAT

2.1    Memastikan pelajar menganggotai kelab atau persatuan, unit uniform dan sukan
secara menyeluruh sebagai pilihan wajib.
2.2    Pelajar dikehendaki menganggotai dan mengikuti program secara menyeluruh dan
berupaya menguasai faedah dan kemahiran sehingga layak mendapat sijil penghargaan.
2.3     Pelajar dikehendaki merealisasikan dan menghayati pengetahuan dan kemahiran
untuk kepentingan diri,keluarga,masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan.
2.4     Memastikan seramai mungkin pelajar terlibat dengan kegiatan sukan dan
permainan.
2.5     Memastikan setiap pelajar mengikuti program sukan dan permainan secara
menyeluruh dan berupaya menguasai kemahiran untuk kepentingan diri,sekolah,
dan negara.
2.6     Memastikan penglibatan pelajar dalam pertandingan di peringkat kawasan dan
negeri,sekolah dan negara
2.7     Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. 


3.         OBJEKTIF KHUSUS

3.1     Untuk mengembang dan mencungkil bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang
meliputi kegiatan akademik dan kokurikulum.
3.2     Mengisi masa lapang pelajar secara optimum terutama semasa luar waktu
persekolahan.
3.3     Mengisi minat ,hobi atau kegemaran pelajar secara terancang ,berhala tuju,
sistematik dan bermanfaat untuk jangka pendek dan panjang.
3.4    Membantu membina dan menaikkan imej serta prestij sekolah di peringkat negeri
         dan kebangsaan.
3.5   Memberi peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi secara sihat dan bermakna
         sesama pelajar.






4.     PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN

4.1      Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil
        bahagian dalam sebarang pertandingan sama ada di peringkat sekolah, kawasan,
        negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
4.2      Penyertaan dalam pertandingan ini sangat penting sebagai kayu ukur keberkesanan
program kokurikulum yang sedia ada. Malah apa yang diutamakan adalah penyertaan ke arah kejayaan dan seterusnya memperolehi markah yang cemerlang dalam kokurikulum. Ini akan menyumbang kepada  pelajar untuk melanjutkan pelajaran dan mencerahkan masa depannya.


5.    PENGHAYATAN

5.1      Dasar sekolah terhadap kegiatan kokurikulum bukan sahaja untuk meraih
        kemenangan dan mencipta nama,malah salah satu aspek penting yang perlu
        ditonjolkan ialah penghayatan segala pengetahuan,kebolehan dan kemahiran yang
        diperolehi untuk kepentingan diri,sekolah dan masyarakat. Contohnya, melalui
        kegiatan Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris pelajar yang
        terbabit boleh mempraktikkannya di sekolah secara lisan atau tulisan.Bagi ahli
        badan beruniform,mereka boleh menghayati kemahiran bertanggungjawab dan
        berdisiplin sama ada di sekolah atau masyarakat.


6.     PENGHARGAAN DAN PENGHAYATAN

6.1      KECEMERLANGAN adalah matlamat utama sekolah.Oleh itu, setiap pencapaian
yang cemerlang sama ada diperingkat kawasan,negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah melalui :

·           Pujian lisan oleh pihak Pengetua atau GPK Koku dalam majlis perjumpaan atau
  perhimpunan mingguan.
·           Kata-kata perangsang oleh pihak Pengetua atau GPK Koku.
·           Mengadakan jamuan khas bagi meraikan kemenangan.
·           Memberi hadiah khas dalam bentuk wang,cenderahati atau lawatan.
·           Memberi sijil-sijil penghargaan.
·           Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan di papan kenyataan
  kokurikulum.
·           Memuatkan maklumat dalam ruangan khas dalam majalah sekolah.
·           Rekod Penilaian Kokurikulum.











7.     PERALATAN DAN KEMUDAHAN

7.1      Bagi melicinkan perjalanan aktiviti kokurikulum ini, pihak sekolah sentiasa
mengemaskini peralatan dan kemudahan asas yang berkaitan.Antara kemudahan
yang disediakan adalah:

·          Surau                                            Gelanggang Sepak Takraw
·          Pondok belajar (6 buah)               Gelanggang Bola Jaring
·          Pusat sumber                                Gelanggang Bola Baling
·          Stor sukan                                    Padang bola
·          Balapan 300 meter                       Gelanggang Bola Tampar


8.    PENGLIBATAN PELAJAR

8.1      Setiap pelajar DIWAJIBKAN menyertai kegiatan kokurikulum:

·          Satu persatuan / kelab      (12 perjumpaan/tahun)
·          Satu badan beruniform    (18 perjumpaan/tahun)
·          Satu sukan / permainan   (12 perjumpaan/tahun)


9.    GURU PENASIHAT,PENGURUS DAN JURULATIH

Bagi mempastikan ketiga-tiga bidang kokurikulum dilaksanakan dengan cekap dan efektif, maka tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan komitmen guru penasihat, pengurus dan jurulatih sangat penting.

9.1      Pemilihan guru-guru penasihat adalah berdasarkan kepada kelayakan,kebolehan dan
pengalaman dalam bidang berkaitan. Setiap kelab,persatuan dan unit beruniform dipimpin oleh seorang ketua guru penasihat dan dibantu oleh beberapa orang guru pembantu.

9.2      Bagi membantu guru-guru penasihat yang kurang berpengalaman dan kemahiran,
maka guru-guru ini akan dihantar mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah dari masa kesemasa.

9.3      Bagi bidang yang memerlukan kemahiran asas, guru-guru akan dicalonkan mengikuti kursus atau latihan semasa kerja dan perkembangan staf.

9.4      Untuk memastikan yang guru-guru penasihat,jurulatih dan pengurus mendapat
arahan dan panduan yang khusus dan terancang, maka sebuah buku panduan tugas disediakan untuk mereka.

9.5      Guru-guru penasihat badan-badan kokurikulum juga didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan baru dari masa kesemasa melalui ceramah dan bengkel yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan.

9.6      Untuk memastikan aktiviti kokurikulum berjalan  dengan sempurna dan berkesan, maka guru penasihat dan AJK pelajar dikehendaki menyediakan buku laporan kegiatan.


9.7      Mesyuarat-mesyuarat khas akan dijalankan dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir
sekolah dengan ketua-ketua guru penasihat dan pengurus-pengurus pasukan untuk berbincang,merancang atau membuat post mortem aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.


10.       PELAKSANAAN AKTIVITI

10.1    Agihan masa latihan bagi badan-badan kokurikulum diadakan pada:

  • 2 minggu sekali berselang-seli antara latihan badan beruniform, kelab dan persatuan.
  • Kegiatan olahraga diadakan setiap minggu sebelum menjelang kejohanan peringkat sekolah atau peringkat kawasan dan negeri.
  • Kegiatan sukan dan permainan diadakan setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan oleh jurulatih.
  • Hari dan masa aktiviti adalah seperti berikut:  
                                             
            * Kelab / Persatuan                   - Rabu                 2.30 ptg - 4.30 ptg
                        * Badan Beruniform                 - Rabu                 2.30 ptg - 4.30 ptg
                        * Rumah sukan / permainan     - Isnin, Selasa dan Khamis 3.00 ptg - 5.00 ptg

  • Bagi sukan dan permainan,latihan intensif diadakan  untuk menyertai / menghadapi pertandingan dan kejohanan peringkat sekolah, kawasan dan negeri yang akan diadakan.
  • Latihan secara berterusan hendaklah diadakan sebagai persediaan untuk membentuk pasukan pada musim seterusnya.


11.       PEMANTAUAN
            11.1     Guru – Guru Penyelaras
11.2     Guru Kanan Mata Pelajaran
11.3     Guru Penolong Kanan
11.4     Pengetua


12.       PENUBUHAN PASUKAN PELAPIS

Setiap badan beruniform / permainan dikehendaki menyediakan dari masa kesemasa  pasukan-pasukan pelapis untuk jangka masa panjang.Penubuhan pasukan pelapis ini diharapkan akan dapat menghasilkan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap pertandingan yang disertai. Malah apa yang lebih penting ialah memudahkan pihak badan berkenaan menyertai sebarang pertandingan tanpa sebarang masalah mencari para peserta yang sesuai dan layak.Penubuhan pasukan pelapis ini boleh diadakan sejak awal tahun lagi yang dijalankan sebagai salah satu aktiviti badan-badan berkenaan.








13.       MENUBUHKAN PASUKAN ELIT

Pasukan Bola Tampar, Ragbi,  Kadet Polis dan Robotik  sebagai pasukan elit  bagi mengharumkan nama sekolah di peringkat kawasan dan negeri.

           


MATLAMAT FALSAFAH  PENDIDIKAN NEGARA DAN  WAWASAN YANG DITERAPKAN OLEH  KETUA PENGARAH  PELAJARAN  MALAYSIA  IALAH MENCIPTA  KECEMERLANGAN , BERKREATIVITI  DAN  BERINOVASI  KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH  DALAM  PELBAGAI  ASPEK  PEMBELAJARAN  SAMA ADA  BERCORAK  AKADEMIK  ATAU  BUKAN  AKADEMIK.

INSYAALLAH, KECEMERLANGAN  YANG  INGIN  DICAPAI  AKAN  BERHASIL DARIPADA  PERANCANGAN, INISIATIF  DAN KERJA  KERAS  SETIAP  WARGA  SEKOLAH.

0 comments:

Post a Comment